Monday 17 November 2014

EDU 3053 Penggunaan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran- Frog VLE

PENGENALAN

  • Sistem pendidikan berubah kerana perubahan taraf sosial masyarakat:

    1. Era Agrarian --> Era
    Industri --> Era Teknologi Maklumat.
    2. Anjakan sistem daripada Teori Behaviorisme  --> Cognitivisme
    --> 
    Construktivisme  -->  Connectivisme

APLIKASI DALAM WEB 2.0

- Contoh yang berkait dengan bidang pendidikan:

  • M-Learning
  • Podcasting dan Vodcasting
  • Blog
  • Vlog
  • Frog-VLE
  • Perisian terbuka
  • Social learning technology
  • Social bookmarking
  • Wikis
  • Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS- Learning Management System) 

FFROG VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE)

  • Frog adalah Virtual Learning Environment (VLE) yang dipilih bagi projek 1BestariNet.
  • Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti atau kumpulan besar.
  • Persekitaran pembelajaran maya Frog, atau Frog VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.
  • Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan  di internet menerusi Virtual Learning Environment  (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempunyai capaian  internet.


  • Akses dan Keselamatan
    • Sekolah-sekolah akan dilengkapi capaian Internet, membolehkan akses ke VLE yang bertaraf dunia.
    • Ke arah pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran dan pembelajaran berkesan serta memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah.
    • Kandungan Internet juga ditapis secara terus di sekolah bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran selamat, di mana akses murid ke laman web berunsur negatif akan disekat. Hanya laman web ilmiah yang disahkan oleh KPM akan disenarai putih dan dibenarkan melepasi tapisan kandungan.

  • Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses di mana-mana jua dari luar kawasan sekolah.
  • Fail dan data yang disimpan di cloud boleh diakses dimana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan capaian Internet.
  • Pengguna diberi akses percuma ke VLE setiap kali log masuk dari rangkaian Yes dengan ID log masuk VLE. 



Syukran for reading ! :)

Monday 2 June 2014

Kerana 'dia' aku kenal DIA

Salam alaik buat bakal penghuni jannah !

Kerana dia aku kenal Pencipta
Kerana dia aku kenal ujian Allah itu Cinta
Kerana dia aku kuat bila musibah menimpa
Kerana dia aku belajar jadi sabar bila ada yang menghina
Kerana dia aku cuba tersenyum walau aku rasa lemah
Kerana dia aku tetap melangkah walau rasa lelah
Kerana dia aku takut sekiranya terlepas solat jemaah
Kerana dia aku bimbang jika aku terlalu sibuk dengan dunia
Kerana dia aku akan sentiasa rasa aku hamba Allah yang hina
Kerana dia itu terlalu menjadikan hidup aku 360 darjah berubah
Ini semua kerana TARBIYAH ! 



Semoga kalian terus kuat dengan tarbiyah !
Smeoga kalian terus menjadi tarbiyah untuk nadi untuk terus melangkah !
Sebab "TANPA TARBIYAH GERENTI REBAH !"




Syukran for reading ! :)