Monday 13 February 2017

Interview SPP

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Dipanggil untuk temuduga. 

Pesan pada diri :

Tiada apa yang perlu dirisaukan.
Ini permulaan fasa untuk kau mulakan langkah.
Menjadi seorang doktor ummah.
Yang pastinya cabaran sebenar jauh lebih indah dan payah.
Kau bakal berdepan dengan ummah yang perlu disuntik dengan agama.
Itu cabaran maha hebat dari yang Esa. 

Mampukah kau hadapinya dengan sepenuh hati dan jiwa?
Di saat kau juga punya anak-anak yang pasti rindukan tarbiyyah Ummi Babanya.

Sahabat pesan, 
Jangan tinggalkan thiqah kita pada Allah.
Allahuakbar.!
Kadang kita lupa, dalam setiap langkah kita mengejar dunia,
kita lupakan Allah, kita bersangka2 dengan Allah.
Astaghfirullah...Astaghfirullah...Astaghfirullah....

Kau tu mukmin.
Senjata kau Doa !
Yang tiada pada manusia biasa.

Moga Allah permudahkan segalanya.

Amin.

Syukran for reading ! :)

Sunday 5 February 2017

Being Great Ummi (Part 1)

Assalamualaikum.
Menjadi seorang ummi adalah impian semua wanita.
Pengalaman sebelum mendapat gelaran itu sahaja sudah terlalu indah untuk dirasa.

Alhamdulillah. Allah telah anugerahkan ummi khalifah kecil ini tatkala umur ummi masih muda.
23 Tahun. Muda lagi kan? sebab ummi masih belajar. Tapi rezeki Allah itu siapa sangka kan?

Ingin ummi coret di sini moga-moga khalifah kecil ummi nanti tahu bagaimana sejarah kelahiran anak ummi ni.

Ummi ni share sikit pengalaman ummi masa Trimester pertama mengandungkan khalifah kecil ummi ni. Banyak perangai pelik dan mengidam ummi ni.

1. PERFUME BABA (SELENA GOMEZ).
 Ummi tak boleh bau perfume baba. Sebenarnya Ummi n Baba suka share perfume yang sama. Baru je beli sebotol. Bila Ummi pregnant terus Ummi benci bau perfume tu. Sampai Ummi terpaksa sorokkan sebab Baba suka curi2 pakai konon2 nak test alahan Ummi ok ke tak. Dan kesannnya sampai sekarang Ummi tak suka bau perfume tu. >_<

2. MUNTAH SETIAP PAGI.
Ummi akan muntah setiap pagi. Normal la kn. Sebabnya ummi sarapan lambat. Muntah sampai keluar warna kuning. Gastric Juice dalam perut. Sakitnya, pahitnya rasa tu sampai menangis dan Ummi rasa nak amek MC ja. Tapi sebab tengah praktikum waktu tu. Gagahkan juga.

3.PEMALAS
 Ummi jadi pemalas. Bukan sebab apa. Sebab ummi tak larat sangat. Jadi puteri raja kejap. Semua Ummi suruh Baba tolong buatkan. Alhamdulillah, Baba rajin, Hehe..

4. MEMASAK.
Ummi tak masak. Nasib baik Baba soleh ni soleh sangat. Banyak keluar duit sebab terpaksa makan kat luar. Kadang2 Ummi kesiankan Baba, Ummi paksa jugak kuatkan diri masak untuk Baba. Kadang2 Baba yang volunteer nak masak.

5. PILIH MAKAN
Peliknya. Ummi rasa nak makan mee. Bila ummi makan ummi muntah. Sampai keluar semua, Ummi pun tak tahu apa yang tekak ummi nak sebenarnya. Sampaikan kadang2 Baba macam nak marah kat ummi bila makan tak sampai separuh dah tak nak. Ummi minta maaf Baba. Bukan kehendak ummi. Ummi tak mampu nak habiskan.

Setakat ni tu je Ummi ingat. Banyak lagi kenangan mengandungkan khalifah kecil Ummi ni. Alhamdulillah bersyukur diberi nikmat ini.

Mesti sentiasa pasakkan dalam hati, Mesti kuat ! Ini anugerah dan nikmat. Ramai orang menanti saat ini. Tapi Allah bagi anugerah ni pada kita. So Syukurlah Ummi.



Syukran for reading ! :)