Monday, 29 August 2016

Belajar meminta maaf dan memaafkan.

Orang yang tinggi egonya,
Hatinya keras untuk mengalah,
Jiwanya batu untuk meminta maaf,
Qalbunya sakit untuk memaafkan.

Khalifah Kecil Umi,
Bila sayang dh kenal dunia satu hari nanti,
Sayang mesti belajar untuk sentiasa meminta maaf,
Bila sayang silap pd manusia,
Cepat2 minta maaf pd mereka,
Bila sayang berdosa dengan Allah,
Istighfarlah menjadi penghapusnya.

Kenapa Umi ingatkan ini?
Sebab saat kau memendam semua rasa di hati,
Itu erti egomu sedang makan diri,
Detik itu tiada ketenangan yg kau rasai.
Sayang mesti janji untuk sentiasa berlembut hati.

Sebelum tidur Umi tidak pernah tinggal untuk menyalami abi,
Untuk maafkn silap Umi sepanjang hari,
Kadang2 Umi ego diri, lupa umi ni isteri,
Tapi Abi tk pernah memarahi tp Abi nasihat dengan tulus hati,
Sebab tu Umi sayang Abi. 😃

Moga anak umi jadi sehebat kejadian nanti.
Sebab sekarang anak umi memang dah jadi hero Baba dan Umi.

Yg merindui,
Ummi

Syukran for reading ! :)

Saturday, 20 August 2016

Khalifah Dunia

Gelap Gempita dunia
Lumat Lunyai sengsara
Tangis Terseksa derita
Kelam Kabur matanya

Mata dunia buta belaka
Mulut berkata kata dusta
Dunia Hiba sandiwara cuma
Mengaku wira hina dina

Sampai tiba masanya
Purnama terang menjelma
Hitam pekat harus waspada
Janji dan panji bakal tiba

MengHapus segala dusta nista
Direjam pembuat angkara
Dibunuh dikambus dosa dosa
Diangkat Hamba menaiki singahsana

Benar segala kata yang esa
Tiada yang perkasa
Hanya Jiwanya hamba
Jasadnya jadi mulia

Ingat pesan tuhan kita
Dunia ini penjara kita
Ayuh terbang hingga ke syurga
Aman damai tiada sengketa


Moga kuat muslimin dan mujahidin di seluruh dunia... Allah memilihmu..
Syukran for reading ! :)

Thursday, 18 August 2016

Cinta Hati Ummi Baba



Khalifah kecil umi tgh buat ape tu?
Umi rindu dgn sayang.
Umi tak sabar nk jumpa sayang.
Sayang teman umi selalu ye.


Anak umi tahu?
Anak umi dh 3 bln duduk dlm perut umi.
Macam2 anak umi test umi kn? Hehe.
Umi cuba sabar,tapi air mata umi tetap mengalir.
Kesian Baba,banyak sangat sabar dgn umi.


Khalifah kecil umi.
Bila sayang keluar nanti.
Sayang janji dgn umi.
Jangan sakitkan hati Baba ye.
Sayang Baba sepenuh hati.
Ok? Janji dengan umi tau.😃


Moga khalifah umi sihat di sana.
Sebab sayang,umi akan sentiasa baiki hubungan umi dgn Allah.
Sebab umi nk anak umi jd hamba yg pling taat pd yg Maha Pencipta.

Terima kasih sayang.


Rindu,

Ummi & Baba


Syukran for reading ! :)

Monday, 17 November 2014

EDU 3053 Penggunaan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran- Frog VLE

PENGENALAN

  • Sistem pendidikan berubah kerana perubahan taraf sosial masyarakat:

    1. Era Agrarian --> Era
    Industri --> Era Teknologi Maklumat.
    2. Anjakan sistem daripada Teori Behaviorisme  --> Cognitivisme
    --> 
    Construktivisme  -->  Connectivisme

APLIKASI DALAM WEB 2.0

- Contoh yang berkait dengan bidang pendidikan:

  • M-Learning
  • Podcasting dan Vodcasting
  • Blog
  • Vlog
  • Frog-VLE
  • Perisian terbuka
  • Social learning technology
  • Social bookmarking
  • Wikis
  • Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS- Learning Management System) 

FFROG VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE)

  • Frog adalah Virtual Learning Environment (VLE) yang dipilih bagi projek 1BestariNet.
  • Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti atau kumpulan besar.
  • Persekitaran pembelajaran maya Frog, atau Frog VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.
  • Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan  di internet menerusi Virtual Learning Environment  (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempunyai capaian  internet.


  • Akses dan Keselamatan
    • Sekolah-sekolah akan dilengkapi capaian Internet, membolehkan akses ke VLE yang bertaraf dunia.
    • Ke arah pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran dan pembelajaran berkesan serta memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah.
    • Kandungan Internet juga ditapis secara terus di sekolah bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran selamat, di mana akses murid ke laman web berunsur negatif akan disekat. Hanya laman web ilmiah yang disahkan oleh KPM akan disenarai putih dan dibenarkan melepasi tapisan kandungan.

  • Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses di mana-mana jua dari luar kawasan sekolah.
  • Fail dan data yang disimpan di cloud boleh diakses dimana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan capaian Internet.
  • Pengguna diberi akses percuma ke VLE setiap kali log masuk dari rangkaian Yes dengan ID log masuk VLE. 



Syukran for reading ! :)

Monday, 2 June 2014

Kerana 'dia' aku kenal DIA

Salam alaik buat bakal penghuni jannah !

Kerana dia aku kenal Pencipta
Kerana dia aku kenal ujian Allah itu Cinta
Kerana dia aku kuat bila musibah menimpa
Kerana dia aku belajar jadi sabar bila ada yang menghina
Kerana dia aku cuba tersenyum walau aku rasa lemah
Kerana dia aku tetap melangkah walau rasa lelah
Kerana dia aku takut sekiranya terlepas solat jemaah
Kerana dia aku bimbang jika aku terlalu sibuk dengan dunia
Kerana dia aku akan sentiasa rasa aku hamba Allah yang hina
Kerana dia itu terlalu menjadikan hidup aku 360 darjah berubah
Ini semua kerana TARBIYAH ! 



Semoga kalian terus kuat dengan tarbiyah !
Smeoga kalian terus menjadi tarbiyah untuk nadi untuk terus melangkah !
Sebab "TANPA TARBIYAH GERENTI REBAH !"




Syukran for reading ! :)

Monday, 18 February 2013

Selamat Ulangtahun Abang !


Abang!! Yehee...gege tak? Ke gedik? Owh ini bukan lah `abang' ye..ni sesungguhnya untuk abang kandung saya. . Nah entry khas untuk hang !! 
Selamat Hari Tua ! Yeah ! Berapa umur sekarang? 23 tahun kan? So. harap maklum. Anda dah tua. Jadi perlu untuk menjadi lebih matang ok? Haha. Erm.Jadi abang yang baik kepada adik2 nya yang comel ni. Huhu. jaga diri & iman tu molek2 ye.bukan Iman Firhan ye.Dengar nasihat mok ayah tau!.
 Allah bagi peluang kita masih boleh sedut oksigen sekarang ni, mase ni la peluang terbuka luas untuk kita kumpul saham banyak2 untuk bawak kat akhirat nanti. Jangan nanti oksigen tinggal sikit baru kita termengah-mengah  nak sibuk kumpul pahala. (ni nasihat untuk ila jugak ni.huhu).

Ok lah abangku.Ingat la pesan kontot dari adek ni... SELAMAT ULANGTAHUN ke 23 !!
Nah ! Hadiah !! Ni je mampu bagi setakat ni...hoho~


Ok.Lastly.. I LOVE U ~wink2....

Syukran for reading ! :)

Friday, 15 February 2013

Hijab is my choice !




Buat bakal penghuni Jannah !! Amin~ Buat pertama kali rasenye rasa untuk menulis pengalaman sendiri. Alangkah cantiknya aturan Illahi. Mula-mula rase diri dah tak mampu nak jadi wanita solehah penghuni syurga nanti. Tapi ternyata Allah maha Kuasa masih beri peluang berharga ni..
Bukan niat untuk membangga jauh sekali riak di hati..tapi nak tunjuk betapa Allah tak pernah sia-sia kan niat baik yang kita nak lakukan. Mungkin kita rase kita tak cukup kuat untuk berubah. Tapi Allah lebih tahu.

omelnye kite~
Dulu..masa sekolah rendah..aku bukanlah seorang kanak-kanak perempuan comel yang dah pakai tudung sejak tak kenal ABC lagi. Ye la.Budak-budak kan..Erm.tapi ni la yang kite kene ubah ye..Nanti dari kecik kene ajar anak2 gegurl pakai tudung okay. Tapi Alhamdulillah. Semakin membesar ibu dah ajar aku untuk 'protect' diri. Pakai tudung !! Walaupun lepas sekolah tak sampai rumah lagi dah cabut tudung..hehe..Mase tu gi jenjalan pun tak pakai tudung sepenuhnya lagi. Tak kenal erti malu pun.. Allah. Bile teringat balik..Jahilnya aku mase kecik2 dulu..

Tapi paling comelnye.. aku sangatlah sukeee tengok kakak yang pakai tudung labuh. Nampak comel anggun ayu solehah saaangat!! Teringin sangat nak pakai macam tu...Sampaikan aku rase nak masuk SMKA sbb nanti boleh pakai tudung labuh..dan aku sudah berangan nak pinjam tudung2 labuh may sistah..Mesti aku comel nanti ..(ehem..ade terpesong niat di situ ye..harap maklum..)Ermm..lihat di situ.. Allah sudah bukakan jalan pertama untuk aku.. Alhamdulillah..terima Kasih Ya Allah !


Tapi nasib tak menyebelahi aku..tak dapat masuk SMKA...tapi alhamdulillah masuk SBPI..dan alhamdulillah dikelilingi suasana sekolah yang masih ada biah solehah. Mase time aku sekolah dulu masih ade lagi kakak senior yang pakai tudung labuh. Yeah !! Seronok~ Bole lah aku teruskan niat tu... 

Yup ! Betul la iman manusia tu turun naik kan? Mase umur makin meningkat remaja. Aku bukanlah seorang yang istiqamah pakai tudung labuh.. (tak labuh mane pun. tapi tutup aurat la).. Kadang-kadang aku pakai tudung biase jep..jarang pulak tu..mase tuh mungkin aku belum jelas erti tutup aurat yang sempurna agaknya. Dengan aku pula seorang yang aktif bersukan bola keranjang...kadang2 membuatkan aku terlupa niat aku mase kecik2 dulu.. Allah. Allah.. Lihat..Allah sedang menguji iman kita di situ.

Tapi kadang2 aku akan terpikir jugak..sampai bile aku nak macam ni? Tak nak berubah betol2 ke? Kejap ye kejap tak. Sehinggalah satu hari ade sahabat2 yang setia menegur dan mengingatkan.. En. Adam yang cakap ni taw. Beliau cakap masa bagi kuliah maghrib :: " Yang perempuan tu, jage aurat sikit. Pakai stongan. Bukan saje je nak pakai tak nak pakai. Tangan tu aurat taw. Nak bagi kami budak lelaki tengok ke? " :: Ha tu dia ! terpempam terpukul seketika. Alhamdulillah. Sejak hari tuh mula belajar untuk istiqamah menjaga dengan sempurna. Allah. peluang kedua Allah bagi nak berubah..

Tapi semuanya tak mampu bertahan lepas habes SPM. Duduk rumah kan. Lagi banyak dugaan. dengan kawan2 yang setia mengingatkan tu tak de di sisi. Lagi la. Keluar rumah pun tak jage molek auratnye. Allah. Tapi Alhamdulillah. Aku masih memakai tudung ikut syariat. Tak de la pakai ade 'skelep; bagai..Tak pernah kot..sbb memang tak gheti pon nak buat..haha..Lagi sekali Allah menguji iman hamba hina ni..


Beberapa bulan lepas tu. Alhamdulillah..dapat masuk IPG. Pada awalnye memang aku tak nak. tapi ini lah takdir ku.. Macam pasrah je kan. tapi tak de la. Aku bersyukur saaaangat. Ini takdir Allah yang terbaik  untuk aku.. Di sini la segalenye bermula.. Di sini la aku mula belajar siapa aku sebenarnya. Allah. Tak nak ingat kisah2 lame tu semua. Aku rase jahil sangat..

Di sini aku mula2 'culture shock' sikit la. Why? Becoz. Around me. All the muslimah are really gorgeous !! Because they wore tudung labuh !! Awesome betol akaq2 ni..hehehe~ Teringat mase kecik2 dulu aku  dok berangan nak duduk surrounding mcm ni kan.. Great !! Allah gave the chance..Alhamdulillah.

Dari sini aku mula join Usrah. Aku mula erti aurat yang sebenar. Aku mula pakai tudung labuh biasa bidang 60 tu..Stongan dan stokin tak pernah tinggal before keluar dari asrama.Ye sebelum ni memang aku dah tahu,tapi mungkin aku belum cukup jelas tentang hal tu. Aku mula jage ikhtilat dengan baik. Allah. Ye banyak perkara aku belajar. Ukhwah fillah. Fi hifzillah. Banyak saaaangat !! tak mampu nak coretkan satu2..

Bila time cuti..holiday kat rumah. Aku kena kuatkan diri sendiri walaupun tak de kawan setia yang selalu ingatkan. Aku bukan kecik lagi. Aku bukan budka sekolah lagi. Aku kena kuat kalau nak ubah diri. !! Kat rumah aku tetap istiqamah dgn pemakaian mcm kat IPG tu.. ALhamdulillah.. Terima kasih ya Allah atas peluang ni.. Aku sentiase doa dan berharap untuk aku terus kekal begini..
Kadang2 rase diri ni jauh dari redha illahi.. Rase macam tak mampu nak jadi solehah macam sahabat2 lain. tapi masih bersyukur atas peluang berharga ni.. Allah. Bantu aku untuk jage diri dan bimbing diri ini dengan baik ya Allah !!
Menutup Aurat kerana Allah nescaya Allah pasti meredhaiNya. Rebutlah redha Allah nescya Allah pasti membantu mu. 
  • p/s : Buat adik2 dan kakak2 yang saya sayang,  ye kadangkala kite memang takut untuk berubah tapi Allah lebih tahu hati kita. Jika niat kita baik nak berubah, kenape perlu takut. Allah kan ade..~  


Wassalam. Sedikit perkongsian dari si faqir. Jage diri bake2 ye~

Syukran for reading ! :)

Tuesday, 8 January 2013

Ujian itu tandanya Allah Sayang


Bakal penghuni Jannah ! Amin..Amin..
Sehat belako sume deyh..Kat sini saya nak kongsi sedikit hasil perkongsian ilmu bersama sahabat tersayang masa Liqa An Nisa tadi. Alhamdulillah,,walaupun tanpa persediaan topik yang best tapi banyak input yang kami dapat. Insya Allah.

' Sabar ye.. Allah nak uji awak tu. Allah sayangkan awak.' Mesti selalu dengar kan orang bagi nasihat macam ni kalau kita ditimpa masalah.Ye hakikatnya memang Allah sayang kan kita bila kita dapat ujian daripadaNya.

Kenapa? Kenapa? Jom kita selak balik sirah Nabi dan Rasul terdahulu.Mereka ini adalah orang yang telah dipilih oleh Allah untuk sampaikan wahyu kepada umatnya kan? Allah memilih mereka. Tapi kenapa Allah datangkan ujian yang berat dan pelbagai dekat hambaNya yang dia memang pilih untuk sampaikan wahyuNya? Sebab apa? Allah sayang sangat kat mereka. 


Para Nabi sendiri diuji oleh Allah SWT.. Kita ni manusia biasa. Ujian sikit dah lemahkan iman kita. Adat manusia. Nak rasa yang manis je.Pahitnya tak nak lalui kan?  Kita kan khalifah. Syurga itu indah kerana mujahadah itu payah.

Dalam hidup kita , kita sentiasa perlukan tarbiah. Tarbiah tu ape ye? Tarbiah tu adalah suatu didikan kepada diri kita. Tak kira la dalam bentuk apa sekalipun. Macam2 cara ada untuk didik diri kita menjadi lebi baik. Contohnya :-

1. Banyakkan membaca Al-Quran.
2. Buat solat sunat.
3. Puasa Sunat.
4. Hadir Majlis Ilmu.
5.Baca Buku Ilmiah.
6. Dengar ceramah.

Banyak lagi la.Banyak method yang kita bole gunakan.Cuma kita ni je yang kadang2 salah dalam memilih. Mungkin banyak titik hitam dalam hati kita ni kan. Astagfirullah...


Berbalik kepada tarbiah tadi. Tarbiah ni terbahagi kepada 2 :

* Tarbiah Manhaj
* Tarbiah Rabbani

Tarbiah Manhaj adalah tarbiah yang disusun. Contohnya kita pergi sekolah, gi kelas, belajar mengikut apa yang diajarkan. Itu suatu tarbiah. Kita pergi menuntut ilmu kan. Contoh lain, kita pegi usrah or majlis ilmu yang merupakan juga suatu tarbiah yang ditetapkan begitu begini.
Tarbiah ini juga bergantung kepada kita sendiri nak pilih yang mana.

Tarbiah Rabbani pula ialah tarbiah dari Allah ssecara langsung ke atas hambanya. Ni lah yang kita selalu panggil UJIAN ALLAH. Ingat ! Ujian Allah itu suatu tarbiah untuk hambanya. Bukan suatu hukuman. Allah uji kita seperti kehilangan orang yang kita sayang. Allah nak uji tu,sejauh mana kita sabar dan redha dengan ketentuannya. Ada Ibrah di sebalik yang berlaku.
Seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 :

" Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya."

Nah ! Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Jadi Allah tahu setara mana hambanya sanggup diuji. Oleh itu, jika kita diuji, jangan cepat lemah sebab Allah tahu kita mampu menanggung ujian itu. Insya Allah....

Sama2 lah kita doakan kita terus diberi kekuatan oleh Allah dan juga doakan sahabat-sahabat kita agar terus kuat ye.Insya Allah.



Syukran for reading ! :)

Tuesday, 1 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013 !!

Assalamualaikum readers...1 Januari 2013...Alhamdulillah..masih dipanjangkan umur lagi.. Alhamdulillah.Alhamdulillah. ALhamdulillah..Sayangnya Allah kat kita kan? Dalam keadaan hati penuh noda, diri penuh dosa...Allah masih beri lagi nyawa dan oksigen untuk kita bernafas..kan? Subhanallah !!  Allah masih beri peluang lagi kat kita nak bertaubat kan? Alhamdulillah~
Semoga tahun ini menjadi muslimah yang lebih baik~ Insya Allah..



Yeah !! DEGREE AKU DATANG !! huhu~poyo jap...Actually 2013 ni adalah permulaan sebagai seorang pelajar degree!!! wee~ Semakin lama semakin mencabar !! Yup life is full with adventure.~ Fun !! Dan azamku semoga tahun ini aku dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dengan baik..menjalankan amanah dan tugas yang diberikan dengan lancar...Allah.Allah..Allah...~

Tahun baru semua orang ada azam baru kan? Ada yang nak berubah jadi baik, ada yang kumpul duit banyak2, ada yang nak sambung belajar.Banyak la azam2 HEBAT-HEBAT ni..Waah !! Tengok semua manusia ada harapan dan cinta..cita-cita masing2..Ternyata manusia masing2 ada impian kan..cuma kecik ke besar jep..

Nasihat ambe sebagai manusia biasa..sempena bermulanya tahun baru..semua kita nak baru kan? So azam , semangat tu kasik baru jugak ma..
MARI MENJADI HAMBA, KEMBALI RASA BERTUHAN ~
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.
Koreksi, Refleksi, Muhasabah dir molek deyh...

SEMOGA ALLAH SAYANG~

Syukran for reading ! :)

Friday, 28 December 2012

# 1 :: Muhasabah Jumaat

Assalamualaikum..jom dengaq sat~ Semoga sama2 kita ambil ibrah dan renung-renungkan yer~ :)



Sayangi Ibu dan ayah, hormati mereka, ingatlah keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa~ I Love u ibu ayah !! Maafkan salah silap adik ye~ Terima kasih besarkan, jaga adik dengan baik sampai adik dapat sambung belajar sekarang~ :)

Syukran for reading ! :)

Monday, 24 December 2012

Teringinnya Nak pergi...

Assalamualaikum..kaifa halukum silent reader..sehat2 aja ya semuanya..Kamu semua...owh...mcm skema je ayatnye..hehe..tak kesah la kan..hurm..pernah tak berhajat or teringin nak pergi tempat2 best kat dunia ni? Ada kan? Kan? Tapi bagi saya tak de la berhajat sangat nak gi oversea tu ok..dalam Malaysia pun best...

1# Mekah


Yup..! Insya Allah~Of course semua orang nak pergi sini kan...subhanallah! Banyak sangat dengar pengalaman orang yang dah sampai sana...seronoknya tak terkata...Mudah-mudahan Allah panjangkan usia untuk sampai seru saya pergi sana..Kalau ada rezeki nak buat family same2 buat umrah~Insya Allah...

2# Sawah Padi

Ain..sory culik gambaq hang...one day aku mesti sampai rumah hang taw !! huhu~

Huhu~pelik kan? Kesian kat budak kecik ni...Banyak2 tempat sawah padi ni jugak la aku nak jejak..
Tanya si Ain tu..berapa kali dah aku habaq kat dia nak pi rumah dia sebab ada sawah padi...hee~Ye la..saye memang budak bandar..lahir n membesar kat bandar...serius saya tak merasa zaman untuk bermain lumpur, panjat pokok rambutan, mandi kat sungai..curik rambutan rumah jiran (opps...haha)..Tapi serius saya sukakan kehidupan kampung...setakat ni saya pernah mandi laut je la..jalan keliling kampung~ Tak de la rase nak pergi kebun buah-buahan kutip durian ke.?Kesian kan? Jakun tak? Tapi jangan risau..kalau korang baek hati..tolong bawak saye plish !!Saye janji takkan buat macam rupa' Rusa masuk kampung..' ~saya excited dlm hati je..k...Terima kasih awak...By the way..sebb kenape nak gi sangat kat sawah padi ni sebab saye ni memang la manusia yang suka tengok bende2 nature ni...cantik ! Subhanallah ! Rase nak hambek gambaq kat tengah2 sawah padi tu...wahh...heee~

3# Nak daki Gunung..

Ni Gunung Kinabalu bah !

Ha.ni lagi satu tempat best i think...korang ce tengok...cantik kan? Subhanallah !! Kinabalu tunggu ya bah ! huhu~ I`m also type of person yang suka adventure tapi penakut..nak naik tempat tinggi2 tapi gayat..tak pe la..orang kate kalau kita takut dengan sesuatu tu..we have to face with it..kan?
Banyak2 gunung..kenpa ek Gunung Kinabalu? Gunung Tahan pun belum tentu hang mampu Fareiyla oi ! Hehe...Tak tahu la..saje je..actually sebab lepas tengok cerita Hatiku Di Kinabalu kot..yang Yana Shamsuddin dengan Zul Ariffin berlakon tu~ Sebab tengok Gunung Kinabalu tu tersangatlah cantik !By the way..my uncle pon memang nak gi sana tahun depan..agak2 ade harapan tak saya nak tumpang sekaki? Sekaki je ea..Pakcik saya kata..nak naik sana 4 hari..2 hari naik..2 hari turun..Insya Allah..kalau masih kuat sihat teringin nak pergi...:)wink~ wink~^_^

Oklah..ni je kot setakat ni..berangan untuk seketika~






Syukran for reading ! :)

Thursday, 20 December 2012

Yeah !! SPM is Over !!!

Assalamualaikum...kum..kum..hehehe~k2..tak nak..tak nak..nanti hantu kum2 datang...ok2 tipu..tipu....jangan datang rumah saye ok?? :) wink....wink...


Yeah SPM da habes !!! Dah habis sekolah !!! Bestnya!! Boleh kawen dah lepas ni...!! Huhu... Mungkin ini lah yang aku pernah cakap masa 2 tahun lalu...korang pon kan.? kan? jangan tipu lah...siapa yang tak seronok kan...lepas SPM la masa yang ditunggu-tunggu sebab dah tak payah nak menghaaaadap buku dah..3 bulan rest.. No books !! No Class !!! No Exercise !! No need to wake early !..kan? Kan? Seronoknya lah kan~ Seronok tak terkata..Macam2 aku boleh buat kat rumah..tak de lah nak ikot rules semua kejadah tu~ heee~ (senyum lebar2 sampai telinga ok.. )


Ok stop2 la ingat masa silam tu..nak nanges je rase...rindunya zaman sekolah ! Angkat tangan siapa rindu nak makan sama2 dengan kawan2..Nak riadah jogging petang sama2..nak pergi surau sama2..rindunye~~~~tu la..hambek hang! Nak sangat kan tinggal kan sekolah...kan dah rindu...heee~(for those who stay in boarding school la~)


Ok.Enough Eila !!! Sebenarnya akak cuma nak bagi nasihat kat adik2 akak yang tersayang yang baru habis SPM ni...Happy kan? Memandangkan akak dah berpengalaman meninggalkan alam persekolahan..so nak bagi nasihat sikit ni...tolong ye..tolong JANGAN BUANG MASA DENGAN PERKARA TAK BERFAEDAH KAT RUMAH TU !!! ok CAPS LOCK tu..so..take note dear~ Bukan apa akak tak nak lah adik2 buang masa dan berkemungkinan adik2 akan rasa bosan tahap gaban bila hari2 buat benda yang sama...so..Lets plan something good for three months ! Jom ~~



1 : PLKN ( Program Khidmat Negara )

Yeah !! Congratulations siapa yang dapat~ Alhamdulillah~ Akak tak dapat..ehee~ Tak yah takut2 la..pergi je..sure anda2 akan mengatakan ianya best..yang ni bukan akak yang cakap...kawan akak yang kate tau ! Tapi ingat pesan ni..program tu memang best...kutip la pengalaman banyak2..ilmu banyak2..tapi jaga2 la sikit ikhtilat...because kat sana memang campur lelaki dan puang (cakak ganu sket)..Semua dah besau kan..ingat! Cari pengalaman..bukan cari calon zauj or zaujah ok dear?

Nampak tak mereka happy???


2. Sila la  ke DRIVING SCHOOL..


Tahniah juga la kepada adik2 yang dapat permission ummi dan abi nak pergi driving school... Akak tak dapat peluang ni..sebab akak ni anak gadis yang baik duduk kat rumah je..wink..wink.. ^_^.. Oh bukan2...belum mase lagi...tak pe...Bi taufiq wa najah ye untuk exam nanti...dah dapat lesen tolong bawak akak jalan2 plish..plish... :)

3. Jadi MAID sementara di rumah~

Ok. Part ni memang sesuai sangat untuk anak dara sekalian ye..Sila la latih diri anda dari sekarang untuk mejadi isteri solehah..huhu~
Penting ni...penting...betol. ! nanti bile korang dah masuk U, korang balik rumah pun 2 bulan sekali dan sekejap pulak tu kan? bile nak belajau masak? Habis belajar nanti cakap kat mak , " Mak...org nak kawen lepas habis belajar boleh tak? " hehe~Tengok...time tu dah gatai nak kawen..bile nak belajau masak? Tell me?? hehee...ok...harus ea belajar masak dari ibu tercinta masing2...


4.Travel merata dunia !!

Huhu`banyak nye duet dia kan nak gi seluruh dunia..Untuk mereka yang berkemampuan tu boleh la nak pergi oversea kan? Tapi yang tak tu..lets plan something with your friends...Go for hiking ke? Kan? Camping maybe? Seronok tak? Macam gi PLKN pulak..huhu...tapi cadangan akak je la..sebab akak suke adventure2 macam tu...tapi tak de orang nak bawak..~hee~ So..Jom2..Plan la ngn kawan2 ye..make sure ciri2 keselamatan sentiasa diambil kira ok.. :) Take care~

5. Mentelaah buku or kitab2.

Yeah !! Ni mesti semua malas nak buat kan? Ye la berbulan2 dok menghadap buku nak SPM..lepas SPM pon kene jugak ke..bagi la rest sikit...kan? Oh..No.No..Ni bukan buku BIologi, Fizik, Or chemistry ye..Anda2 kan suka baca novel kan? Ha..buku kan,..tipulah tak suke...tgah demam nak SPM pon bole nak bace kan?  Tapi for this holiday...jom bace novel2 islamik sikit..selain enjoy bace novel, korang dapat la jugak input2 yang berguna untuk diri dan masa depan kan? Lagi2...bace bku motivasi ke? Ok jugak..yang penting jangan malas membaca...Sebab apa? Sebab ni nak habaq ni...Sebab membaca ni perintah Allah tau !!

JOm kita tengok surah pertama yang diturunkan pasal apa? Jawab. Jawab..Allah perintahkan untuk apa? M.E.M.B.A.C.A ..kan?sebab if kita tak membaca tak de ilmu macamana kita nak kenal Allah..Sebab kunci mengenal Allah adalah membaca..ok..so...Jangan kate malas ok !! Perintah Allah ni~

Erm...Ok..tu je la kot..cadangan akak...macam2 adek2 boleh buat selama lebih kurang 3 bulan ni..jangan buang masa ea..Nak tambah ilmu pergi la kem2 ke ape...yang penting jangan duduk rumah je...hee~ All da best untuk result nanti ok !! Jangan berhenti untuk terus berdoa..insya Allah.. Ok..daa~Fi Hifzillah  <3





Syukran for reading ! :)