Tuesday 3 July 2012

Berilah walau sedikit.

Asslamualaikum w.bt.

Memberi itu lebih seronok daripada yang menerima. Dalam Islam itu sendiri, memberi adalah sangat digalakkan. Tapi adakah ia mudah seperti yang disangka. Adakah ia mudah untuk mengurangkan sesuatu milik kita? Adakah ia suatu saat yang menyeronokkan? Tepuk dada tanyalah hati. Semuanya akan terjawab jika kita punya hati..hee~

Seperti sabda Nabi Saw. :

"Berhadiah-hadiahlah antara kamu kerana dengan itu dapat menambahkan kasih sayang antara kamu." (Riwayat Tabrani)



Nah ! Lihatlah. Tak rugi apa pun kalau kita ni suke memberi. Pemurah la senang cerite. Bukan nak menunjuk yang kita banyak harta. Tapi cuma nak berkongsi apa yang Allah bagi lebih kat kita. Kekayaan kita bukan semua orang dapat rasa kan ?. So, share2 la  kalau nak saham pahala.

Salman bin 'Amir r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim."
 (Hadis  
riwayat al-Tirmizi)

Yup ! Kenape ek saye cakap pasal ni..erm actually setelah melihat ragam2 manusia ni.Memang ye. Tak mudah semua orang nak memberi dan berkongsi apa yang dia ada. Ada mereka yang suka pegang prinsip " Mana boleh !! Ni aku punye !!! ". Ish2.Sejauh mane hati kita ikhlas yer. Sejauh mana kita rase nak berkongsi yer? Tak banyak pun sikit jadilah. Sesungguhnya harta yang kita ada bukan milik kita. Allah berhak atas semuanya. Bila2 saja DIA boleh ambil semula. So. Tak mboh kedekut sangat ea.. bak kate org johor.. jangan 'kemut ' sangat la ea.~

Insya Allah mungkin sekadar coretan yang biasa2 tanpa cetusan idea yang bijaksana. Hope ade terkesan di jiwa.  Sebelum tu..reminder ! reminder ! Jangan pernah sekali mengungkap kembali pemberian yang diberi k..that`s means.jangan mengungkit la. Simpan diam2 dalam hati yer. Ikhlas. semoga Allah akan memberi yang lebih baik. 






Syukran for reading ! :)