"Aku dimana"
Jawab Doktor, "Di hospital, tuan telah tercerdera teruk oleh sebab itu tuan ditempatkan disini"
"Lalu,bagaimana keadaan aku sekarang?" Tnya org alim itu.
"Alhamdulillah tuan dalam keadaan stabil" Jawab doktor.
Pada keesokan hari, doktor yang sama merawat orang alim itu. Doktor itu
merawat dengan penuh cermat dan hati-hati. Pesakit itu kehairan kerana
sepatutnya bukannya doktor yang merawat. Maka terjadilah perbualan antara
mereka berdua.
Pesakit: Mengapa doktor yang merawat? Dimana jururawat?
Doc: (Tersenyum) sebenarnya muka tuan seperti ayahku, oleh sebab itu saya merawat tuan"
Pesakit: Boleh aku tanya beberapa soalan kepada mu doktor?
Doc: Ya silakan tuan.
Pesakit: Mengapa engkau menjadi doktor?
Doc: Kerana saya sangat suka merawat, membantu orang yang sakit sehinggalah mereka sembuh. Terutama kanak-kanak kecil.
Pesakit: Jika engkau tidak menjadi doktor, maka apakah perkejaan mu?
Doc: Mungkin saya akan menjadi seorang polis.
Pesakit: Mengapalah pula itu?
Doc: kerana saya sangat tidak suka orang yang membuat kejahatan,
kekejaman, seperti tuan yang telah dipukul oleh beberapa orang perompak.
Jika saya ketahui perompak itu pasti saya akan menangkapnya.
Pesakit: Tetapi engkau wahai doktor telah menyakiti seseorang yang
mulia, engkau bagaikan telah mengambil objek yang tajam lalu engkau
mencucuk kebadannya.
Doc: (Kehairan) apa maksud tuan?
Pesakit: Nabi SAW.
Doc: Boleh tuan jelaskan kepada saya?
Pesakit: Perbuatan umat Muhammad SAW yang ingkar padanya seperti
mengambil objek yang tajam, lalu mencucuk-cucuk objek itu kebadan
baginda hingga berdarah.
Doc: (Menundukan padangan) Lalu apa yang perlu saya buat?
Pesakit: Telah engkau katakan padaku tadi, bahawa engkau suka merawat orang. Maka engkau rawatlah baginda.
Doc: Bagaimana caranya tuan?
Pesakit: (Tersenyum) Memperbanyakkan berselawat mendoakan kesejahteraan
kepada baginda, orang yang berselawat bagaikan seorang jururawat yang
merawat tubuh baginda yang telah dicucuk-cucuk dan taatlah akan perintah
Allah dan RasulNya.
Doc: (Keluarlah air mata dipipinya) dan terus keluar dari bilik pesakit orang alim itu.
Pada keesokan harinya terlihat akan orang alim itu kepada doktor yang merawatnya dan bertanya.
Pesakit: Boleh aku tahu, dimana doktor yang perempuan berambut keperang-perangan?
Doktor baru yang disangka oleh orang alim itu tersenyum dan berkata
"Sayalah orangnya tuan, nasihat tuan telah membuka hati saya" Pesakit
alim itu tersenyum dan terperanjat melihat doktor itu sudah menutupi
kepalanya dengan tudung dan membaca Bismillahirahmanirahim, berselawat
sebelum merawatnya.