Tuesday 8 January 2013

Ujian itu tandanya Allah Sayang


Bakal penghuni Jannah ! Amin..Amin..
Sehat belako sume deyh..Kat sini saya nak kongsi sedikit hasil perkongsian ilmu bersama sahabat tersayang masa Liqa An Nisa tadi. Alhamdulillah,,walaupun tanpa persediaan topik yang best tapi banyak input yang kami dapat. Insya Allah.

' Sabar ye.. Allah nak uji awak tu. Allah sayangkan awak.' Mesti selalu dengar kan orang bagi nasihat macam ni kalau kita ditimpa masalah.Ye hakikatnya memang Allah sayang kan kita bila kita dapat ujian daripadaNya.

Kenapa? Kenapa? Jom kita selak balik sirah Nabi dan Rasul terdahulu.Mereka ini adalah orang yang telah dipilih oleh Allah untuk sampaikan wahyu kepada umatnya kan? Allah memilih mereka. Tapi kenapa Allah datangkan ujian yang berat dan pelbagai dekat hambaNya yang dia memang pilih untuk sampaikan wahyuNya? Sebab apa? Allah sayang sangat kat mereka. 


Para Nabi sendiri diuji oleh Allah SWT.. Kita ni manusia biasa. Ujian sikit dah lemahkan iman kita. Adat manusia. Nak rasa yang manis je.Pahitnya tak nak lalui kan?  Kita kan khalifah. Syurga itu indah kerana mujahadah itu payah.

Dalam hidup kita , kita sentiasa perlukan tarbiah. Tarbiah tu ape ye? Tarbiah tu adalah suatu didikan kepada diri kita. Tak kira la dalam bentuk apa sekalipun. Macam2 cara ada untuk didik diri kita menjadi lebi baik. Contohnya :-

1. Banyakkan membaca Al-Quran.
2. Buat solat sunat.
3. Puasa Sunat.
4. Hadir Majlis Ilmu.
5.Baca Buku Ilmiah.
6. Dengar ceramah.

Banyak lagi la.Banyak method yang kita bole gunakan.Cuma kita ni je yang kadang2 salah dalam memilih. Mungkin banyak titik hitam dalam hati kita ni kan. Astagfirullah...


Berbalik kepada tarbiah tadi. Tarbiah ni terbahagi kepada 2 :

* Tarbiah Manhaj
* Tarbiah Rabbani

Tarbiah Manhaj adalah tarbiah yang disusun. Contohnya kita pergi sekolah, gi kelas, belajar mengikut apa yang diajarkan. Itu suatu tarbiah. Kita pergi menuntut ilmu kan. Contoh lain, kita pegi usrah or majlis ilmu yang merupakan juga suatu tarbiah yang ditetapkan begitu begini.
Tarbiah ini juga bergantung kepada kita sendiri nak pilih yang mana.

Tarbiah Rabbani pula ialah tarbiah dari Allah ssecara langsung ke atas hambanya. Ni lah yang kita selalu panggil UJIAN ALLAH. Ingat ! Ujian Allah itu suatu tarbiah untuk hambanya. Bukan suatu hukuman. Allah uji kita seperti kehilangan orang yang kita sayang. Allah nak uji tu,sejauh mana kita sabar dan redha dengan ketentuannya. Ada Ibrah di sebalik yang berlaku.
Seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 :

" Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya."

Nah ! Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Jadi Allah tahu setara mana hambanya sanggup diuji. Oleh itu, jika kita diuji, jangan cepat lemah sebab Allah tahu kita mampu menanggung ujian itu. Insya Allah....

Sama2 lah kita doakan kita terus diberi kekuatan oleh Allah dan juga doakan sahabat-sahabat kita agar terus kuat ye.Insya Allah.



Syukran for reading ! :)